About

MERANGKAK DI DEPANKU

loading...
Loading...



Pada suatu hari, aku dan kakakku bermain play doh bersama-sama yaitu permainan yang tersohor pada tahun 2014 ketika aku bermain aku dan kakakku mengadakan pertandingan play doh siapa yang lebih cantik selepas siap pertandingan kakakku mahu pergi ke tandas buat seketika. Semakin lama aku tunggu, semakin naik bulu roma aku ini dan tiba-tiba aku ternampak bayangan hitam yang besar dan mengerikan di depanku.

Aku membaca segala doa dan surah-surah yang aku tahu. Tiba-tiba bayangan hitam itu hilang dengan segera dan meninggalkan kesan pada almari. Badan aku semakin takut dan aku memanggil-manggil nama kakakku. Tiba-tiba bayangan itu muncul lagi dan bertukar menjadi makhluk yang tidak boleh berjalan dan hanya boleh merangkak dengan pantasnya ia merangkak di depanku lalu datang ke arahku, aku menjerit dengan sekuat hati.

Bila aku melihat ke arah makhluk itu dan mukanya sangat mengerikan matanya dipenuhi dengan darah. Matanya yang disebelah kanan telah terkeluar dan rambutnya sangat panjang hingga menyentuh lantai. Aku memanggil nama kakakku dengan kuat “Suraya”. Tetapi tiada apa-apa jawaban dari kakakku. Tetapi aku sangat bernasib baik pada hari itu kerana tok imam dari masjid yang berada di depan rumahku melaungkan adzan yang menunjukkan waktu isya sudah masuk.

Selepas adzan tamat dilaungkan kakakku datang dan menanyakan apa yang berlaku tadi kerana dia mendengar aku memanggil namanya dengan kuat. Tanpa berfikir dua kali aku menceritakan apa yang berlaku tadi dan kakakku menceritakan hal sebenar-benarnya, bilik itu ada penunggu jika ada orang yang tidak kenal ia akan merangkak ke arah orang itu dan membunuh orang itu dengan menggantungkannya dia almari. Sekian terima kasih ini saja pengalaman aku ketika berjumpa dengan makhluk halus.
loading...

0 Response to "MERANGKAK DI DEPANKU"

Posting Komentar